Utusan Malaysia - Laman Pendidikan Maya Percuma


Lama Pendidikan Maya Percuma


PENYEDIA produk pendidikan berasaskan teknologi maklumat (IT) Gnowledge Sdn Bhd, memperkenalkan portal pendidikan maya secara percuma khusus untuk guru, pelajar dan ibu bapa di negara ini.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Junaida Abdullah berkata, pihaknya memperuntukkan RM10juta untuk menaik taraf dan bagi meneruskan operasinya sebagai laman sesawang penilaian ujian percuma yang pertama di seluruh dunia. "Berbeza dengan produk sedia ada di pasaran, gnowledge.com tidak mengenakan sebarang bayaran walau sekerap manapun ujian yang diambil," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini. Kesemua ujian yang terdapat di laman pendidikan ini dikategorikan mengikut tajuk, subjek, gred, dan sekolah atau negara.

Ketika ini, terdapat lebih 800 kertas soalan dari sekolah-sekolah di Singapura yang boleh digunakan oleh pelajar secara percuma. Laman sesawang ini merupakan platform kepada setiap pengguna untuk mencipta, mengolah, dan berkongsi maklumat serta mengambil ujian dan latihan secara percuma. Ia juga boleh menyemak keputusan ujian secara automatik dan menyimpan semua rekod keputusan ujian yang diambil untuk rujukan masa depan.

Pelawat Gnowledge.com hanya perlu mendaftar sebagai pengguna untuk menggunakannya dan pendaftaran adalah percuma.

Pautan ke Utusan Malaysia online

Pautan ke siaran akhbar Paper Clip