Sinar Harian - Bank soalan melalui gnowledge.com


Bank soalan melalui gnowledge.com, Platform pendidikan berasaskan ICT


KUALA LUMPUR: Murid Tingkatan 4 SMJK Chung Cheng, Kota Bharu Kelantan, mendapat Apple iPhone 4S untuk menyambut Tahun Naga selepas dia memenangi pertandingan di laman sesawang www.gnowledge.com.

Thong Chia Sheng, 16, dari Kota Bharu Kelantan, memenangi hadiah utama berupa sebuah Apple iPhone 4S setelah mengambil sebanyak 138 ujian semasa pertandingan tersebut dijalankan. Beliau menerima hadiah tersebut pada 22 Januari 2012, iaitu sehari sebelum Tahun Baru Cina. Menurut Chia Seng, beliau sangat gembira apabila memenangi hadiah utama dan dia masih lagi menggunakan portal ini sebagai platform untuk mengulangkaji pelajaran walaupun pertandingan tersebut sudah berakhir. “Gnowledge.com sangat berfaedah kepada saya kerana selain dapat mengulangkaji pelajaran melalui pelbagai kertas ujian, saya juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan”, ujarnya.

Thong Chia Sheng, kanan, apabila menerima iPhone 4S.


Pertandingan “Christmas Giveaway” diadakan pada 15 hingga 22 Disember 2011 tahun lalu sempena perayaan Hari Krismas di mana 11 peserta teratas yang mengambil paling banyak ujian akan diumumkan sebagai pemenang. Selain Chia Sheng, terdapat 3 orang pemenang dari Malaysia, dan 7 lagi dari Mexico.


Dari kiri, Siti Nadiah dan Nor Arfah, antara pemenang hadiah misteri.


Gnowledge.com akan menganjurkan pelbagai lagi pertandingan seperti ini sepanjang tahun 2012 untuk menarik lebih ramai pengguna ke laman sesawang mereka dan bagi menggalakkan penggunaan teknologi ICT dan internet untuk pendidikan. Antara hadiah-hadiah yang dirancang untuk pertandingan-pertandingan tersebut adalah, alat telekomunikasi dan ICT terkini seperti iPhone 4S, iPad 3 dan pelbagai lagi hadiah menarik yang akan di umumkan dari semasa ke semasa.

Gnowledge.com adalah laman sesawang penilaian ujian yang pertama seumpamanya di Malaysia, di mana setiap orang dapat mencipta, mengolah, berkongsi maklumat serta mengambil ujian dan latihan secara percuma. Kesemua ujian yang terdapat di Gnowledge.com dikategorikan mengikut tajuk, subjek, gred, dan sekolah/negara. Pada masa ini, Gnowledge.terdapat lebih kurang 31,000 pelawat yang melayari portal Gnowldge.com dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Mexico, Jepun, Ireland, Itali dan Australia.

MENGENAI GNOWLEDGE
Gnowledge Sdn Bhd juga ingin mewujudkan Pelajaran Platform Internet Gnowledge dan direka untuk digunapakai di sekolah-sekolah dan mengikut kesesuaian tersendiri sekolah yang mana ciri-ciri yang tersebut adalah berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang umum.

Pautan ke siaran akhbar Paper Clip