Berita Harian - Gnowledge.com salur talian percuma


REVOLUSI PENDIDIKAN DI SEKOLAH KE ARAH ERA INFORMASI - PENGENALAN PELAJARAN PLATFORM INTERNET GNOWLEDGE


Kuala Lumpur: Gnowledge Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memperkenalkan gnowledge.com; produk pendidikan berasaskan IT yang pertama seumpamanya di Malaysia dimana pengguna boleh menggunakannya secara PERCUMA. Gnowledge.com adalah satu platform pendidikan secara online yang bebas kepenggunaannya. Ia membolehkan para penggunanya mencipta, mengolah, berkongsi maklumat serta mengambil ujian dan latihan. Kesemua ujian yang terdapat di Gnowledge.com dikategorikan mengikut tajuk, subjek, gred, sekolah/negeri dan adalah percuma untuk kegunaan umum.Gnowledge.com sudah digunakan hampir di seluruh sekolah di Singapura yang mana internet merupakan salah satu infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan Singapura. Gnowledge.com telah dilawati melebihi 28,000 pelawat dari pelbagai negara yang telah mencipta,mengolah, berkongsi maklumat dan mengambil ujian yang terdapat di dalam portal ini.

Pihak sekolah berpeluang untuk memperolehi pelbagai faedah melalui pangkalan data dalam talian Gnowledge ini bagi penggunaan yang sekerap mungkin untuk tujuan berkongsi ujian dan latihan sebagai alat pembelajaran yang efektif. Ianya juga berperanan sebagai pemangkin kepada komunikasi pro-aktif di antara guru-guru, pelajar-pelajar dan ibubapa serta penjaga.

Guru-guru boleh menyimpan semua soalan ujian dan latihan yang kerap digunakan ke dalam portal Gnowledge untuk kegunaan pelajar-pelajar secara individu atau kelas di kemudian hari kelak. Latihan dan ujian yang telah diolah dan disimpan di portal Gnowledge juga boleh diperiksa serta-merta dan sekaligus menjimatkan masa jika dibandingkan dengan kaedah pemeriksaan secara manual.

Apabila guru-guru mengadakan sebarang ujian; soalan-soalan tersebut akan dikumpul dan disatukan dalam Ruang Peribadi (Vanity Page). Cara begini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar untuk membuat rujukan dan akses mudah kepada ujian-ujian yang disediakan oleh guru tersebut.

Berikut adalah contoh pengguna kerap di platform Gnowledge :

Nama Tarikh Penyertaan Lokasi Reka Ujian Tadbir Ujian Ruang Peribadi (Vanity Page)
Ms Jocelyne Perreard 31hb Mac 2011 Mexico 53 1,378 www.gnowledge.com/saveurfle
Tan Lay Hong 24hb Feb 2011 Malaysia 10 404 www.gnowledge.com/layhong
Betsy Tan Sok Eng 2hb Okt 2011 Malaysia 212 436 www.gnowledge.com/besty
Colin Chia Peng Hee 4hb Ogos 2011 Singapore 3 20 www.gnowledge.com/areulikemental


(Data dikemaskini sehingga 18 Januari 2012)

Pelajar-pelajar di mana-mana sekolah boleh menggunakan portal Gnowledge untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik mereka berdasarkan kepada sukatan pelajaran (syllabus) masing-masing. Penggunaan Gnowledge yang kerap boleh menghasilkan kefahaman dan menambah kemahiran berfikir secara komprehensif melalui beraneka soalan serta ujian yang ada.

Setiap ujian yang diduduki walaupun ada persamaan soalannya – ia tetap berbeza dari segi olahan dan gayanya. Ini merupakan satu kaedah untuk pelajar memahami dan berfikir secara pantas walaupun soalan tersebut berlainan olahannya. Sekaligus, ini  dapat mencetuskan pemikiran secara analitikal, kemahiran membuat keputusan memilih, mengingat kembali dan/atau mencari jawapan yang betul. Cara yang diperkenalkan oleh Gnowledge boleh mengelakkan pelajar daripada menghafal jawapan kepada cara belajar yang lebih bermakna dan berkesan.

Ibubapa juga boleh menggunakan peluang yang ada melalui Gnowledge ini untuk menyemak dan mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak dengan cara yang mudah. Keputusan ujian dan latihan yang telah diambil oleh anak-anak direkodkan secara lengkap dalam simpanan Gnowledge untuk memudahkan penyemakan dan penilaian kemajuan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui internet.

Gnowledge Sdn Bhd juga ingin mewujudkan Pelajaran Platform Internet Gnowledge dan direka untuk digunapakai di sekolah-sekolah dan mengikut kesesuaian tersendiri sekolah yang mana ciri-ciri yang tersebut adalah berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang umum.

Pautan ke Berita Harian online

Pautan ke siaran akhbar Paper Clip